Sekapur Sirih

Pembangunan laman ini diharap dapat memenuhi aspirasi para pelanggan kami, terutama bagi mereka yang cenderung mencari maklumat melalui perantaraan teknologi ICT. Media ini sebenarnya selari dengan agenda negara yang menggalakkan setiap agensi kerajaan menggunakan teknologi ICT.

 

Ini bukan sahaja sebagai alternatif tambahan untuk mewujudkan masyarakat bermaklumat di kalangan masyarakat Malaysia tetapi merupakan kaunter hadapan bagi pencarian maklumat terkini tentang..

[Teks Perutusan Penuh]

 

Layari Melalui Telefon Mudah-alih

BlackBerry, iPhone, Android, etc..

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pengumuman

PENUTUPAN KURSUS PENANAMAN BUNGA DAN LANSKAP

Sila maklum bahawa majlis penutupan Kursus Penanaman Bunga dan Lanskap yang telah berjalan selama 1 (satu) bulan akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh 01 Februari 2012
Masa 2.30 petang
Tempat Cottage Hotel, Kundasang

Seramai 25 orang peserta yang berjaya menamatkan latihan (amali dan teori) akan menerima sijil tamat latihan mereka dari Pengarah JPSM Encik Billy Yumbod yang juga akan menutup dengan rasminya kursus ini.
Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com

TEMUDUGA TERBUKA PROGRAM LATIHAN INDUSTRI PERHOTELAN (JPSM/HYATT REGENCY KINABALU)


Para belia-beliawanis warganegara Malaysia bermastautin di Sabah yang memenuhi syarat-syarat kelayakan serta berminat membina kerjaya dalam sektor perhotelan adalah dipelawa untuk menghadiri temuduga terbuka PROGRAM LATIHAN INDUSTRI PERHOTELAN (HOSPITALITY ENGAGEMENT LEARNING PROGRAM atau HELP), program kerjasama antara Jabatan Pembangunan Sumber Manusia dan Hyatt Regency Kinabalu pada 19hb Januari 2012 (Khamis) bertempat di Training Center, Hyatt Regency Kinabalu.


Sila klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai temuduga terkini ini.

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com

PENUTUPAN KURSUS JANGKAMASA PANJANG TAJAAN JPSM : KURSUS PEMBUAT PAKAIAN WANITA KANAN SKM TAHAP 2


Sila maklum bahawa majlis penutupan Kursus Pembuat Pakaian Wanita Kanan, SKM Tahap 2 tajaan JPSM yang telah berjalan selama 6 (enam) bulan akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh
17 Januari 2012
Masa 10.00 pagi
Tempat Rasa Ria Resort, Tuaran
Seramai 20 orang peserta yang berjaya menamatkan kursus ini akan menerima sijil tamat latihan mereka dari Pengarah JPSM Encik Billy Yumbod yang juga akan menutup dengan rasminya kursus ini.
Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com
 
 
 
 
 
 
 
 
JoomlaWatch 1.2.12 - Joomla Monitor and Live Stats by Matej Koval