Sekapur Sirih Dari Pengarah JPSM Negeri Sabah

Pembangunan laman web ini diharap dapat memenuhi aspirasi dan citarasa para pelanggan JPSM terutama sekali bagi mereka yang cenderung mencari maklumat melalui perantaraan teknologi ICT. Media ini sebenarnya selari dengan agenda negara yang menggalakkan setiap agensi kerajaan menggunakan teknologi ICT. 

Media ini sebenarnya selari dengan agenda negara yang menggalakkan setiap agensi kerajaan menggunakan teknologi ICT. Kerajaan begitu komited dalam menjayakan pewujudan kerajaan elektronik sepenuhnya. Dimana segenap aspek pengurusan pentadbiran khususnya di kesemua jabatanjabatan kerajaan, badan-badan berkanun dan agensi-agensinya dilakukan menerusi sistem on-line. Oleh yang demikian sudah tiba masanya, kesedaran ICT ini perlu diberi penekanan yang serius oleh semua kakitangan. Semua peringkat kakitangan perlu mengambil inisiatif untuk menjadi mesra pengguna bagi menjayakan misi tersebut, yakni mempastikan kelancaran pelaksanaan sistem kerajaan elektronik. Secara langsung ini akan menyumbang kepada usaha mewujudkan sumber manusia yang berdaya saing dan efisien.

 

 teks ucapan penuh 

 

Layari Web JPSM Melalui Telefon Mudah-Alih

 

mobile_jpsm

Android / iPhone / Tab

 
 
 
 
 
 

Pengumuman

Logo_JPSM

TEMUDUGA UNTUK PROGRAM DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA BIDANG PENTADBIRAN SISTEM MAKLUMAT TAHAP 4

JPSM ingin mempelawa belia dan beliawanis negeri Sabah yang berminat menyertai program latihan kemahiran anjuran Institut Latihan Taknik dan Perdagangan (ILTP), JPSM untuk menghadiri sesi temuduga terbuka bagi pengambilan untuk program Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang Pentadbiran Sistem Maklumat Tahap 4.

Temuduga akan diadakan pada 27 Mei 2019 bermula jam 9.00 pagi hingga jam 4.00 petang di kampus ILTP Kota Kinabalu yang bertempat di Tingkat 7, Blok A, Wisma MUIS, Sembulan, Kota Kinabalu.

klik sini untuk maklumat lanjut

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com
Logo_JPSM

PELAWAAN MEMBERI SEBUTHARGA UNTUK MEMBEKAL PERALATAN KAMERA SONY

Permohonan adalah dipelawa dari para pembekal/syarikat yang berminat untuk memberi sebutharga bagi membekal peralatan seperti di bawah ke Pejabat Pentadbiran ILTP, JPSM, Papar.

 

BIL PERALATAN KUANTITI
1
Sony 4K Handycam (Model HDR-Ax40)
1
2
Sony Tripod Stand (Model VCT-R640)
1
3 2-Port HDMI 4K Splitter 2
4 4K 20 Meters HDMI Cable 2


Semua sebutharga mestilah dihantar kepada:

Pengurus Kampus,
Kampus ILTP JPSM,
Pantai Manis,
Papar.

(Tel: 088-913461; u.p. Encik Rupert Badsun)

Tarikh tutup penerimaan iklan ialah pada 25 Mei 2019.

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com
Logo_JPSM

KEKOSONGAN JAWATAN JURULATIH SAMBILAN DI KAMPUS ILTP JPSM, PAPAR

JPSM dengan sukacitanya mempelawa calon-calon bumiputera Sabah yang berkelayakan dalam bidang berikut untuk mengisi jawatan kosong JURULATIH SAMBILAN bagi Program Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik (Satu dan Tiga Fasa) dan Program Penyelenggaraan dan Pembaikpulihan Jentera Pertanian.

Borang permohonan boleh didapati di Pejabat JPSM, Tingkat 5, Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu bermula dari tarikh 15 Mei 2019. Tarikh tutup permohonan ialah pada 24 Mei 2019 dan semua borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar terus ke Pejabat JPSM, Tingkat 4, Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu.

sila klik sini utk mendapatkan butiran lanjut serta memuat turun iklan berkaitan

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini6041
mod_vvisit_counterKelmarin5205
mod_vvisit_counterMinggu Ini11246
mod_vvisit_counterMinggu Lalu40753
mod_vvisit_counterBulan Ini125081
mod_vvisit_counterBulan Lalu218761
mod_vvisit_counterJumlah2624779

We have: 77 guests online
IP Anda: 3.208.22.127
 , 
Hari ini: May 21, 2019

Pautan Akhbar

DElogo