
Pembangunan laman ini diharap dapat memenuhi aspirasi para pelanggan kami, terutama bagi mereka yang cenderung mencari maklumat melalui perantaraan teknologi ICT. Media ini sebenarnya selari dengan agenda negara yang menggalakkan setiap agensi kerajaan menggunakan teknologi ICT.
Ini bukan sahaja sebagai alternatif tambahan untuk mewujudkan masyarakat bermaklumat di kalangan masyarakat Malaysia tetapi merupakan kaunter hadapan bagi pencarian maklumat terkini tentang jabatan ini. Antara kandungan penting yang berkepentingan kepada pelanggan kami adalah maklumat latihan atau kursus termasuk lain-lain kegiatan dan aktiviti semasa yang dijalankan jabatan ini.
Kepada pengunjung laman web ini diharap mendapat informasi yang tepat, cepat dan terkini tentang jabatan kami. Adalah diharapkan media ini menjadi saluran yang informatif dan berkesan dalam menyampaikan mesej JPSM kepada semua pelanggan khususnya rakyat negeri Sabah.
Sekian, terima kasih.
Billy Yumbod
Pengarah JPSM Negeri Sabah


