Objektif Penubuhan
- Membangun dan menggunakan sepenuhnya sumber manusia yang terdapat di Sabah melalui perancangan sumber manusia dan program-program latihan yang teratur dan berkesan.
- Termaktub dalam Surat Pekeliling Jabatan Ketua Menteri : Rujukan.CC.107/439 Jld.2/2 bertarikh 27 Julai 1988
Visi
- Menjadi jabatan pembangunan modal insan terbaik dalam bidang kemahiran di negeri Sabah menjelang tahun 2020.
Misi
- Membangunkan modal insan yang kompeten dan berdaya saing dalam pelbagai kemahiran bagi memenuhi pasaran tenaga kerja.
Dasar Kualiti
- Pengurusan JPSM beriltizam untuk menjadikan JPSM sebuah institusi latihan modal insan terbaik di negeri Sabah bagi memenuhi keperluan pelanggan berdasarkan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001-2008 yang berkesan.
- Pengurusan JPSM sentiasa komited dalam memberikan latihan berkualiti bagi memenuhi kehendak pelanggannya secara konsisten dan professional melalui pelaksanaan penambahbaikan yang berterusan.


