You are here:
 
 

Pengenalan Kepada MBJ JPSM

Majlis Bersama Jabatan (MBJ)

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) mula diperkenalkan dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sabah pada tahun 1973 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/73 Jabatan Ketua Menteri. Bagaimanapun beberapa pekeliling perkhidmatan yang menggesa penubuhan MBJ telah dikeluarkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/79, 2/92 dan yang terakhir No. 7/1993.

Selaras dengan pekeliling jabatan No. 7/1993 maka MBJ di JPSM telah dilaksanakan pada 20 Julai 1993. Satu jawatankuasa penaja MBJ dibentuk bagi menerajui jawatan kuasa sesi 1993/94. Seterusnya Jawatankuasa rasmi MBJ digubal sebagai panduan kepada pelaksanaan aktiviti MBJ. Pada 24 Mei 1995 Buku Perlembagaan MBJ BPSM dilancarkan dengan rasminya oleh Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPAN).

Dengan pertukaran BPSM kepada JPSM maka JPSM juga turut ditukar kepada MBJ JPSM. Tanggungjawabnya adalah meneruskan tujuan dan fungsi‐fungsi tertakluk kepada Perlembagaan MBJ JPSM. Mengikut konsep, MBJ adalah merupakan satu majlis yang terdiri dari ahli‐ahli pengurusan jabatan dan wakil‐wakil yang dipilih oleh kakitangan jabatan berkenaan.

Objektif MBJ adalah untuk memperoleh seluas‐luas kerjasama di antara majikan dengan pihak pekerja dalam perkara‐perkara berikut:

•             Kelicinan kerja dan kebajikan pekerja

•             Syarat‐syarat bekerja

•             Mengumpul pelbagai buah fikiran daripada pekerja‐pekerja

•             Forum mengurangkan jurang perbezaan antara pekerja dengan majikan

•             Forum pelbagai fungsi/tujuan

•             Mewakili semua lapisan pekerja

•             Forum yang diiktiraf oleh kerajaan

 

Faedah utama mewujudkan MBJ ialah memberi peluang kepada pekerja untuk memberi pendapat atau buah fikiran kepada majikan. Keanggotaan majlis adalah seperti berikut:

Keanggotaan ahli Pengurusan adalah 7 orang, terdiri daripada:

•             Pengarah

•             Timbalan Pengarah

•             Ketua-Ketua Penolong Pengarah

•             Pegawai Pentadbir

•             Penolong Akauntan Kanan

 

Keanggotaan wakil pekerja adalah 9 orang yang dipilih melalui mesyuarat agung, terdiri daripada:

•             Pengerusi

•             Timbalan Pengerusi

•             Setiausaha

•             Ahli Biasa

 

Mereka ini terdiri dari 4 orang ahli dari pada Gred 3 - 6 (A dan B) dan 5 dari Gred 7 ke bawah (C dan D).

Selain mengguna pakai kaedah peti cadangan dan berkonsultasi dalam suatu pendapat atau buah fikiran, MBJ juga mengguna pakai kaedah perundingan untuk menyampai dan membincangkan apa juga rungutan, ketidakpuasan hati pekerja terhadap sesuatu isu dan pertikaian demi mewujudkan suasana harmoni dan mengekalkan hubungan mesra antara pekerja dan majikan supaya produktiviti dan kualiti perkhidmatan tidak terjejas.

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com