Berita Terkini:
 
 
 
 
You are here:
 
 

Sejarah Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi JPSM

Logo Kelab JPSM


SEJARAH

Sejarah awal penubuhan Kelab BPSM bermula apabila dua agensi kerajaan, iaitu Unit Perancangan dan Pembangunan Tenaga Rakyat (UPPTR) dan Institut Tadbiran dan Penyelidikan Awam Sabah (SINAR) disatukan menjadi Biro Pembangunan Sumber Manusia (BPSM) dan diletakkan di bawah portfolio Jabatan Ketua Menteri.  Sebelum itu Kelab JPSM dikenali sebagai Kelab Sukan dan Rekreasi UPPTR dan hasil dari percantuman dua agensi yang disebutkan ini pada tahun 1988 maka Kelab Sukan dan Rekreasi UPPTR telah diberi nama baru iaitu Kelab Sukan dan Rekreasi BPSM. Sekali lagi apabila BPSM dinaiktaraf menjadi sebuah jabatan pada 1 Jun 1999 nama Kelab Sukan dan Rekreasi BPSM ditukar kepada Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi JPSM sehingga sekarang.

Keahlian Kelab JPSM terbuka kepada semua kakitangan yang bertugas di JPSM. Setiap anggota yang menjadi ahli kelab perlu mengisi borang keahlian berserta yuran masuk. Yuran bulanannya hanya RM1.00 sahaja. Apabila permohonan keahlian diluluskan, ahli berkenaan akan dibekalkan dengan salinan undang‐undang kelab.

Kelab ini menjadi ahli gabungan kepada Majlis Kebajikan, Sukan Rekreasi (MAKSAK) dan jenis‐jenis sukan yang diadakan pada awalnya termasuklah bola sepak lelaki dan wanita, sepak takraw, bola tampar lelaki dan wanita, tenis, olahraga dan senamrobik. Pada setiap tahun Kelab JPSM dipertanggungjawabkan mengurus dan melaksanakan aktiviti sukan antara rumah peringkat jabatan dan antara jenis sukan dalaman atau 'indoor games' yang dipertandingkan ialah permainan karom, darts, ping-pong, badminton, boling dan futsal.

Kelab JPSM mempunyai 4 jawatankuasa kecil, iaitu Jawatankuasa Kecil Sukan, Jawatankuasa Kecil Kebajikan, Jawatankuasa Kecil Lawatan dan Pendidikan dan Jawatankuasa Kecil Kewangan.

Punca pendapatan utama kelab ialah yuran pendaftaran keahlian RM1.00 dan yuran bulanan RM1.00. Sehingga kini, bilangan ahli Kelab JPSM ialah 106 orang.

 

OBJEKTIF PENUBUHAN KELAB KEBAJIKAN, SUKAN DAN REKREASI JPSM

  • Mengeratkan perhubungan silaturrahim antara ahli-ahli kelab
  • Mengadakan kegiatan-kegiatan sukan, rekreasi dan ekonomi untuk ahli-ahli kelab
  • Menjaga kebajikan setiap ahli kelab dengan syarat tidak bercanggah dengan definisi 'faedah bersama' di bawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966
Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com
 
 
 
 
JoomlaWatch 1.2.12 - Joomla Monitor and Live Stats by Matej Koval