Berita Terkini:
 
You are here:
 
Terkini

AUDIT SURVEILLANCE (SV3) JPSM 2014

Sukacita dimaklumkan Audit Surveillance (SV3) JPSM akan dijalankan selama dua hari bermula hari ini, 16hb April 2014 hingga 17hb April 2014. Audit Surveillance ini akan dikendalikan oleh Assesssor Encik Muhd Firdaus Anson dari Lloyds. Sesi audit berkaitan akan dijalankan di Bilik Mesyuarat Utama JPSM, Tingkat 7, Bangunan Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu. 

Semua pegawai dan kakitangan JPSM dikehendaki berada di stesen kerja masing-masing untuk mempastikan sesi audit dapat dijalankan dengan licin dan sempurna.
Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com

KELAB JPSM SESI 2014/2015 & MBJ (P) JPSM SESI 2014/2015

Sukacita dimaklumkan berikut adalah senarai para ahli Kelab JPSM Sesi 2014/2015 & MBJ (P) JPSM Sesi 2014/2015 selepas mesyuarat agung yang telah diadakan pada 18hb Mac 2014:

        KELAB SUKAN, KEBAJIKAN DAN REKREASI JPSM
  • PRESIDEN: En. Billy Yumbod (Pengarah JPSM)
  • TIMBALAN PRESIDEN I: Tuan Haji Kamlun Haji Pasal
  • TIMBALAN PRESIDEN II: En. Jim Raymon
  • SETIAUSAHA: Pn. Kasum Osup @Yusof
  • PEN. SETIAUSAHA: Pn. Elsie J. David
        AJK
  • En. Awang Aiddi Mokim
  • En. Nordin Ibrahim
  • Pn. Regina Sikain
  • Pn. Timah Basri
  • Pn. Jusni Malius
  • Pn. Murtha Manggun
        PEMERIKSA KIRA-KIRA
  • En. Mohd. Hisham Ujang
  • En. Ag. Kassim Ag. Alli

        MBJ (P) JPSM

         PENGERUSI: En. Marshal Anthony
         
        AHLI :
  • Pn. Mary Pilol
  • En. Epiphanius Eban
  • En. Awang Armia
  • En. Khairuddin Hj. Saidi
  • Pn. Timah Basri
  • Pn. Alia Judah

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com

TEMUDUGA TERBUKA PENGAMBILAN PELATIH JPSM PROGRAM PEMBANTU PENGURUS RUMAH SESI 1/2014

Beliawanis Sabah yang berminat menyertai program latihan kemahiran anjuran JPSM adalah dipelawa untuk menghadiri sesi temuduga terbuka bagi program di atas mengikut ketetapan berikut:

10/02/2014: Majlis Perbandaran TAWAU (8.30 pagi - 4.00 petang)
12/02/2014: Dewan Masyarakat SANDAKAN (8.30 pagi - 4.00 petang)
14/02/2014: Pejabat Daerah RANAU (8.30 pagi - 4.00 petang)
17/02/2014: Pejabat Daerah KENINGAU (8.30 pagi - 4.00 petang)
18/02/2014: Bilik Broadband, KPKSTM, Tingkat 13, Wisma Bandaraya, KK (8.00 pagi - 5.00 petang)

 Untuk maklumat lanjut sila klik sini.

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com

PERKHIDMATAN PENGAMBILAN PELANGGAN PROGRAM JURUKECANTIKAN DAN DANDANAN RAMBUT ILTP JPSM, KOTA KINABALU

Sukacita dimaklumkan bahawa aktiviti tersebut di atas yang dijayakan oleh para pelatih program Jurukecantikan dan Dandanan Rambut (JCK & DR Sesi 2/2013), ILTP JPSM, Kota Kinabalu akan bermula pada 29hb Oktober 2013 sehingga 29hb November 2013 di Salon Pengajian dan Pembelajaran JCK & Dr, ILTP JPSM, Tingkat 7, Blok A, Wisma MUIS, Kota Kinabalu.

Sila klik sini untuk info lanjut.

TEMUDUGA TERBUKA PENGAMBILAN PELATIH BARU INSTITUT LATIHAN TEKNIK DAN PERDAGANGAN (ILTP) JSPM BAGI TAHUN 2014

Sukacita dimaklumkan JPSM akan menjalankan temuduga terbuka di seluruh daerah negeri Sabah bermula dari 1hb Oktober 2013 hingga 29hb Oktober 2013 untuk pengambilan pelatih baru mengikuti pelbagai program kemahiran yang diwarkandi kampus ILTP JPSM di Pantai Manis, Papar. Belia-beliawanis bumiputera berumur 18 tahun hingga 26 tahun dan memenuhi syarat-syarat adalah dijemput menghadiri temuduga berkenaan. 

Sila klik di sini untuk info lanjut.
Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com

Page 2 of 14

JoomlaWatch 1.2.12 - Joomla Monitor and Live Stats by Matej Koval