
Sila maklum bahawa majlis penutupan Kursus Penanaman Bunga dan Lanskap yang telah berjalan selama 1 (satu) bulan akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
| Tarikh | 01 Februari 2012 |
| Masa | 2.30 petang |
| Tempat | Cottage Hotel, Kundasang |
Seramai 25 orang peserta yang berjaya menamatkan latihan (amali dan teori) akan menerima sijil tamat latihan mereka dari Pengarah JPSM Encik Billy Yumbod yang juga akan menutup dengan rasminya kursus ini.

