Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Penganugerahan Sijil Tamat Latihan (MPSTL) 2011, Institut Latihan Teknik & Perdagangan, JPSM akan diadakan pada 22hb Disember 2011 di Dewan Mositun, Kg. Novoung, Papar bermula dari jam 7.30 pagi hingga 1.00 petang. Semua staf JPSM adalah diwajibkan hadir ke majlis ini dan pada masa yang sama pelatih-pelatih yang bakal menerima sijil tamat latihan mereka adalah diingatkan bahawa hanya 2 (dua) orang sahaja ahli keluarga atau orang-orang yang terdekat dibenarkan masuk ke dewan untuk bersama majlis memandangkan kapasiti berduduk dalam dewan sangat terhad. Sila ambil perhatian.

