*UNTUK BEKAS PELATIH-PELATIH JPSM TAHUN 2010/2011 SAHAJA*JPSM melalui Bahagian Bimbingan dan Promosi Kerjaya (BBPK) pada masa ini sedang menjalankan program pengesanan mantan pelatih JPSM yang pernah mengikuti kursus tajaan JPSM di Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (Kota Kinabalu dan Papar) dan Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran (BTLK) bagi tahun 2010 hingga sekarang. Kepada bekas pelatih-pelatih berkaitan yang berada di daerah Kota Kinabalu, Papar, Tuaran dan lain-lain daerah di seluruh Sabah ini sila datang ke pejabat Bahagian Bimbingan dan Promosi Kerjaya (BBPK) di Tingkat Bawah, Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu pada setiap hari Isnin hingga Khamis untuk berjumpa dengan pegawai-pegawai JPSM yang berkaitan untuk ditemuduga bagi tujuan program pemantauan yang dimaksudkan.
Sila klik sini untuk melihat sesi temuduga program pemantauan yang telah diadakan pada 7hb Disember 2011 di pejabat BBPK, JPSM (melalui capaian Facebook di laman web www.facebook.com/jpsmnegerisabah)

