Berita Terkini:
 
 
 
 
You are here:
 
 

SURAT PENGHARGAAN DARI PIHAK DON BOSCO CHILDREN'S HOME, RANAU

Seramai 33 orang pelatih Program Pendandan Rambut & Juruestetik termasuk Jurulatih-Jurulatih dan staf pengiring dari Kampus JPSM Papar yang diketuai oleh Puan Juvitha Tinggan telah mengadakan lawatan amal ke Rumah Kanak-Kanak Don Bosco (DBCH) di Kundasang, Ranau pada 11hb November 2011. Salah satu aktiviti yang telah dijalankan di rumah tersebut ialah menggunting rambut dan memberi rawatan manikur dan pedikur kepada semua penghuni di rumah tersebut. Selain dari itu rombongan telah memberi sumbangan/derma dalam bentuk makanan/minuman dan pakaian terpakai.
Sehungan dengan lawatan amal itu, Penguasa rumah tersebut, Brother Ben telah merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada JPSM atas segala sumbangan dalam segi material dan sokongan yang diberi kepada semua penghuni-penghuni rumah tersebut. Sila klik sini untuk melihat surat penghargaan yang telah dikirim oleh Brother Ben kepada JPSM.
Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com
 
 
 
 
JoomlaWatch 1.2.12 - Joomla Monitor and Live Stats by Matej Koval