You are here:
 
 

Terkini

MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPERASI KAKITANGAN JPSM BHD

UNTUK DALAMAN SAHAJA

Sukacita dimaklumkan mesyuarat tersebut di atas diadakan pada 25hb Mei 2012 (Jumaat) jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat JPSM, Tingkat 7, Blok A, Wisma MUIS. Sehubungan itu, semua para ahli Jawatankuasa dipohon untuk menyediakan laporan untuk dibentangkan dalam mesyuarat tersebut. Sila bawa notis dan minit mesyuarat tersebut untuk dibincangkan bersama.

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com

SESI PRAKTIKAL PENGAMBILAN PELANGGAN PROGRAM JCK & DR SESI 1/2012 KAMPUS JPSM ILTP KOTA KINABALU

Sukacita dimaklumkan sesi praktikal Pengambilan Pelanggan Program JCK & DR Sesi 1/2012 Kampus JPSM ILTP Kota Kinabalu akan bermula pada 07 Mei 2012 sehingga 08 Jun 2012 (5 minggu). Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran secara langsung para pelatih tentang tatacara mengendalikan perkhidmatan rawatan kecantikan dan rambut kepada pelanggan sebenar. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini.
Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com

PAMERAN LATIHAN KEMAHIRAN ANJURAN JPSM

Sukacita dimaklumkan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia dengan kerjasama Pejabat Daerah Beluran dan Pejabat Daerah Kinabatangan akan mengadakan PAMERAN LATIHAN KEMAHIRAN di daerah Beluran pada 8hb Mei 2012 dan daerah Kinabatangan pada 10hb Mei 2012. Selain dari penyampaian ceramah, pelbagai aktiviti lain juga akan diadakan sempena pameran ini. Sila klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut.

 

 

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com

IKLAN TEMUDUGA TERBUKA PENGAMBILAN PELATIH JPSM KE SEKTOR PERHOTELAN

Sukacita dimaklumkan, para belia tempatan warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah yang memenuhi syarat-syarat kelayakan serta berminat membina kerjaya di sektor perhotelan adalah dipelawa menghadiri Temuduga Terbuka Program Latihan Industri Perhotelan melalui program 'Hospitality Engagement Learning Program' (HELP), satu program kerjasama antara Jabatan Pembangunan Sumber Manusia JPSM dan (i) Shangri-La's Rasa Ria Resort Tuaran dan (ii) Traders Hotel Kuala Lumpur.

(a) Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang temuduga pengambilan pelatih melalui Shangri-La's Rasa Ria Resort Tuaran, sila klik di sini.
(b) Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang temuduga pengambilan pelatih melalui Traders Hotel Kuala Lumpur, sila klik di sini.
 
Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com

KURSUS PEMANDU BERETIKA (IN-HOUSE)

UNTUK DALAMAN SAHAJA

Sila maklum JPSM akan mengadakan kursus PEMANDU BERETIKA untuk staf yang terpilih sahaja mengikut ketetapan seperti berikut:

TARIKH 2hb April - 3hb April 2012
MASA 8.30 pagi - 5.30 ptg
TEMPAT
Hotel Promenade,
Kota Kinabalu

Kehadiran ke kursus ini adalah WAJIB dan mana-mana staf yang telah disenaraikan untuk menghadiri kursus ini yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu dikehendaki mengisi borang [JPSM] BPK/13 dan mengembalikannya ke Unit Latihan dengan kadar segera.

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com

KURSUS TEMUDUGA BERKESAN (IN-HOUSE)

UNTUK DALAMAN SAHAJA

Sila maklum JPSM akan mengadakan kursus TEMUDUGA BERKESAN untuk staf yang terpilih sahaja mengikut ketetapan seperti berikut:

TARIKH 26hb - 27hb Mac 2012
MASA 08.00 pagi - 05.00 ptg
TEMPAT
Dewan Utama,
Tkt. 7, Blok A, Wisma MUIS,
Kota Kinabalu.

Kehadiran ke kursus ini adalah WAJIB dan mana-mana staf yang telah disenaraikan untuk menghadiri kursus ini yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu dikehendaki mengisi Borang [JPSM] BPK/13 dan mengembalikannya ke Unit Latihan dengan kadar segera.

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com

Page 1 of 5

  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  Next 
  •  End 
  • »
 
 
 
 
JoomlaWatch 1.2.12 - Joomla Monitor and Live Stats by Matej Koval