You are here:
 
 

Berita

PROGRAM SILATURRAHIM ANTARA STAF JPSM SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK JPSM

UNTUK DALAMAN SAHAJA

Seperti semua warga JPSM sedia maklum, Jabatan kita akan meraikan Sambutan Jubli Perak JPSM pada 1hb Julai 2013 di mana pelbagai aktiviti telah diatur bagi memeriakan sambutan berkenaan. Salah satu program yang diatur ialah program Mengeratkan Silaturrahim antara semua staf dan juga para pelatih JPSM. Program ini akan diadakan pada 25hb Jun 2013 bertempat di Kampus JPSM Papar bermula dari jam 7.00 pagi hingga 1.00 petang. Semua staf/pelatih adalah dikehendaki memakai pakaian T-Shirt yang telah dibekalkan sebelum ini. Untuk info lanjut mengenai program ini sila klik link ini.

Sekian dan jumpa di saaaana!

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com

ROADSHOW DAN PAMERAN LATIHAN KEMAHIRAN (PLK) JPSM

Semua murid Tingkatan 1 hingga 6, para lepasan sekolah dari Darjah 6 hingga ke peringkat sekolah menengah, orang awam serta belia-beliawanis warganegara Malaysia yang bermastautin di daerah-daerah sekitar KUDAT, SANDAKAN, KENINGAU, PAPAR dan KOTA KINABALU adalah dijemput hadir ke program Roadshow & Pameran Latihan Kemahiran (PLK) JPSM 2013 untuk menyaksikan serta mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang telah disediakan untuk program yang dimaksudkan di atas. Untuk maklumat lanjut sila klik link ini.
Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com

NOTIS MESYUARAT PENGANUGERAHAN SIJIL TAMAT LATIHAN PELATIH PROGRAM JURUKECANTIKAN DAN DANDANAN RAMBUT (JCK & DR) SESI 1 TAHUN 2013

UNTUK DALAMAN SAHAJA

Sukacita dimaklumkan mesyuarat tersebut di atas akan diadakan pada 30hb April 2013, jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat JPSM, Tingkat 7, Blok A, Wisma MUIS. Mesyuarat ini akan dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Kanan JPSM, Tuan Haji Kamlun Haji Pasal.

Sehubungan dengan itu semua para ahli mesyuarat berkenaan adalah dijemput hadir. Sila rujuk e-mel bertarikh 24hb April 2013 dari Setiausaha Kursus 1 mengenai perkara yang sama.

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com

PERKHIDMATAN PENGAMBILAN PELANGGAN PROGRAM JCK & DR JPSM

Sukacita dimaklumkan Perkhidmatan Pengambilan Pelanggan Program JCK & DR JPSM Sesi 1 Tahun 2013 Kampus ILTP Kota Kinabalu akan bermula pada 07hb Mei 2013 sehingga 07hb Jun 2013. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran secara langsung para pelatih tentang tatacara mengendalikan perkhidmatan rawatan kecantikan dan dandanan rambut kepada pelanggan sebenar.

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini. Sila maklum bahawa ILTP tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kemudaratan yang disebabkan oleh perkhidmatan yang didapatkan dari Sesi Pengambilan Pelanggan JPSM ini. (Untuk staf JPSM sila rujuk e-mel bertarikh 26hb April 2013 dari Pengurus Kampus ILTP Kota Kinabalu).

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com

JAWATANKUASA BARU MBJ (P) JPSM SESI 2013/2014

Sukacita dimaklumkan setelah pemilihan melalui undian dilaksanakan pada Mesyuarat Agung Tahunan MBJ (Pekerja) Sesi 2013/2014 yang diadakan pada 15 Mac 2013 (Jumaat) bertempat di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, berikut adalah senarai nama Jawatankuasa MBJ (Pekerja) Sesi 2013/2014:

A.    Pengerusi 
1.     Encik Hajimin Maslin

B.    AJK Enam (6) Orang   
1.     Encik Charlie Boidol Mosikul
2.     Cik Hanish Shamsiah Talip
3.     Encik Awang Kassim Ag. Alli
4.     Encik Asson Jamaluddin
5.     Puan Rosnah Abdul Rahman
6.     Encik Hamidi Suhaili

 Tahniah diucapkan kepada semua yang terpilih!
Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com

IKLAN TEMUDUGA TERBUKA PROGRAM LATIHAN INDUSTRI PERHOTELAN (HELP)

Para belia-beliawanis tempatan warganegara Malaysia bermastautin di Sabah yang memenuhi syarat-syarat kelayakan serta berminat membina kerjaya dalam Sektor Perhotelan di Bahagian Pembersihan Bilik adalah dipelawa menghadiri Temuduga Terbuka Program Latihan Industri Perhotelan usahasama Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dan Shangri-La's Tanjung Aru Resort & Spa, Kota Kinabalu.

Sila klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com

Page 2 of 7

 
 
 
 
JoomlaWatch 1.2.12 - Joomla Monitor and Live Stats by Matej Koval