Pengenalan Bahagian:
Bahagian Perancangan Penyelidikan Dan Pembangunan Kualiti atau ringkasnya PERTAMA atau sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Tenaga Manusia (PERTAMA) merupakan salah satu bahagian utama paling awal wujud dalam struktur organisasi JPSM (sejak penubuhan BPSM 1 Julai 1997). Kini, bahagian ini di ketuai oleh seorang Timbalan Pengarah Kanan Gred N52, dan dibantu oleh dua orang Penolong Pengarah Gred N41, seorang Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N22, dan seorang Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17.
Sesuai dengan penstrukturan semula JPSM pada tahun 2008, bahagian ini telah dipertanggungjawabkan untuk merancang kajian penyelidikan dan pembangunan audit kualiti jabatan. Tanggungjawab baru ini, selaras dengan strategi baru JPSM ke arah memperkasakan penyelidikan dan meningkat kualiti perkhidmatan JPSM seiring dengan piawaian atau standard tadbir urus di peringkat nasional dan antarabangsa.
Ke arah perkhidmatan yang bertaraf nasional & antarabangsa, manifestasi ialah bermula dengan penganugerahan/pengiktirafan Sijil Pendaftaran Sistem Kualiti MS ISO 9000 Perkhidmatan Awam Malaysia oleh MAMPU pada tahun 2003 kepada jabatan ini kerana telah melaksanakan sistem kualiti yang menepati MS‐ISO 9002:Versi 1994 bagi “Skop Pendaftaran Pengendalian Latihan dan Perkhidmatan Pekerjaan (PA0317)”, dan penganugerahan sijil kelulusan pengesahan bahawa Sistem Pengurusan Kualiti JPSM telah diluluskan oleh Lloyd’s Register Quality Assurance kepada piawaian-piawaian Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2000, EN ISO 9001:2000, BS EN ISO 9001:2000, dan MS ISO 9001:2000 yang diberikan kepada JPSM sejak tahun 2005 lagi sehingga kini.
Sistem pengurusan kualiti tersebut merangkumi “Penyediaan Perkhidmatan Latihan Pembangunan Sumber Manusia bagi Negeri Sabah”. Penganugerahan sijil-sijil tersebut (KLR 0500101) menunjukkan tadbir urus JPSM khususnya dalam bidang-bidang yang dimaksudkan adalah memenuhi sistem kualiti di peringkat nasional dan antarabangsa.
Objektif Bahagian:
- Menjalankan perancangan kajian penyelidikan dan penilaian perkhidmatan dan produk latihan kemahiran JPSM.
- Menjalankan perancangan, pembangunan dan melaksana audit kualiti terhadap perkhidmatan dan produk JPSM agar sentiasa menepati piawaian/standard kebangsaan dan antarabangsa.
Nota: Produk termasuklah perkhidmatan, graduan dan impak latihan JPSM.
Strategi Bahagian:
- Unit Penyelidikan & Penilaian Latihan
Melaksanakan penyelidikan dan penilaian latihan kemahiran sumber manusia JPSM melalui strategi berikut:
- Menyedia perancangan kajian penyelidikan/penilaian terhadap penyedia latihan, keperluan latihan, impak latihan/kursus kemahiran, dan graduan JPSM.
- Menjalankan kajian makro (tertakluk arahan dari semasa ke semasa).
- Menjalankan penilaian keberkesanan tajaan latihan.
- Menjalankan penilaian keberkesanan latihan ILTP.
- Urus setia kajian JPSM.
- Unit Piawaian & Audit Kualiti
Melaksanakan penilaian kualiti perkhidmatan dan produk JPSM melalui strategi berikut:
- Membuat perancangan Audit Dalam/Luar MS ISO 9001- 2008 tahunan.
- Melaksanakan Audit Dalaman MS ISO 9001- 2008 jabatan.
- Menyediakan laporan Audit Dalam dan IKP untuk MKSP.
- Urus setia kawalan audit Kualiti JPSM.

