Melaksanakan latihan teknik dan perdagangan kepada belia Negeri Sabah.
Program Latihan Yang Ditawarkan:
Bahagian Teknik
- Mekanik Kenderaan Motor (SKM Tahap 1 & 2) - 12 bulan
- Mekanik Kenderaan Perdagangan (SKM Tahap 1 & 2) - 12 bulan
- Mekanik Penyejuk Bekuan dan Penyamanan Udara-Domestik (SKM Tahap 1 & 2) - 12 bulan
- Juruteknik Elektrik Rendah dan Juruteknik Elektrik (SKM Tahap 1 & 2) - 12 bulan
- Jurukimpal Arka Logam Berperisai (SKM Tahap 1 & 2) - 12 bulan
- Mekanik Jentera Pertanian (SKM Tahap 1 & 2) - 24 bulan
- Penjaga Jentera Elektrik / Chargemen (dengan kerjasama INSTEP, PETRONAS) - 36 bulan
- Teknologi Kimpalan (dengan kerjasama INSTEP, PETRONAS) - 6 bulan
Bahagian Perdagangan
- Pendandan Rambut Muda & Pendandan Rambut (SKM Tahap 1 & 2) - 12 bulan
- Jurukecantikan & Juruestetik (SKM Tahap 1 & 2) - 12 bulan
- Pembantu Juruteknik Sistem Komputer & Juruteknik Sistem Komputer (SKM Tahap 2 & 3) - 24 bulan
- Setiausaha Rendah & Setiausaha (SKM Tahap 1 & 2) - 12 bulan
- Kerani & Pembantu Pentadbiran (SKM Tahap 1 & 2) - 12 bulan
- Pembantu Tadbir Sistem Maklumat & Penyelia Tadbir Sistem Maklumat (SKM Tahap 2 & 3) - 24 bulan
- Jurukecantikan dan Pendandan Rambut (Sijil JPSM) - 6 bulan
Semua program dijalankan di Kampus ILTP, JPSM Papar kecuali program Jurukecantikan dan Pendandan Rambut (Sijil JPSM) yang dijalankan di Kampus ILTP, JPSM Tingkat 7, Blok A, Wisma MUIS, Kota Kinabalu.

