Berita Terkini:
 
 
 
 
You are here:
 
 

Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran (BTLK)

PROGRAM LATIHAN INDUSTRI PERHOTELAN (“HOSPITALITY ENGAGEMENT LEARNING PROGRAMME”)


Objektif

  • Menarik minat lebih ramai belia tempatan mencari pekerjaan dalam industri perhotelan dan secara langsung membantu mengurangkan kadar pengangguran;
  • Memastikan industri perhotelan mendapat bekalan tenaga kerja tempatan yang terlatih dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing; dan
  • Membantu sektor pelancongan selaras dengan hala tuju pembangunan negeri Sabah.


Kandungan Kursus
Latihan sambil bekerja (“On-the-job-training")

Metodologi

Pembelajaran secara teori dan amali.

Kumpulan sasar dan syarat-syarat kemasukan

  • Belia-belia lelaki dan wanita tempatan yang bermastautin di Sabah;
  • iSihat tubuh badan;
  • iUmur 17 - 25 tahun dan bujang; dan
  • Lulus SRP/PMR/SPM.

(boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia)

Tempoh kursus
6 bulan

  • Kemudahan yang disediakan -
  • Tempat penginapan (Rasa Ria Resort sahaja);
  • Pakaian seragam/makan dan minum;
  • Elaun bulanan;
  • Elaun lebih masa sekiranya pelatih bekerja melebihi 8 jam;
  • Pengangkutan; dan
  • Sijil Kemahiran.

PROGRAM LATIHAN SAMBIL BEKERJA DI SEKTOR PERLADANGAN ("JOINT ADAPTATION PROGRAMME”)


Objektif

  • Untuk menyediakan sumber manusia yang mahir dan dedikasi dalam sektor perladangan dan mendedahkan mereka dalam kerja-kerja perladangan; dan
  • Untuk membantu sektor perladangan  mendapat bekalan tenaga kerja tempatan yang terlatih dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.


Kandungan Kursus
Latihan sambil bekerja (“On-the-job-training")


Medotologi
Pembelajaran secara amali.

Kumpulan sasar dan syarat-syarat kemasukan

  • Belia-belia lelaki dan wanita tempatan yang bermastautin di Sabah;
  • Sihat tubuh badan;
  • Umur 18 -  35 tahun; dan
  • Sekurang-kurangnya tamat UPSR.


Tempoh Kursus
3 bulan

Kemudahan yang disediakan -

  • Tempat tinggal;
  • Elaun RM 200.00 sebulan dari JPSM/ Gaji harian RM15.00 dari pihak ladang;
  • Sijil penyertaan tamat latihan; dan
  • Peluang pekerjaan di sektor perladangan.


Pertanyaan:


Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran ( BTLK )
Jabatan Pembangunan Sumber Manusia,
Tingkat Bawah, Wisma Bandaraya,
Jalan Masjid Lama,
88000 KOTA KINABALU,

Tel : 088 218730, 224607 ext 107, 109, 114, 123, 126, 129

Joomla Templates and Joomla Extensions by JoomlaVision.Com
 
 
 
 
JoomlaWatch 1.2.12 - Joomla Monitor and Live Stats by Matej Koval